...mutiara kata...

Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
~Hamka~

Tuesday 1 May 2007

Cerita Binatang I

Sungguh berbuah si pokok pisang,
Pokok ditanam di tepi jalan;
Inilah kisah hidup binatang,
Ayam bertelur musang kelaparan.

Kononnya pada suatu hari, seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lama juga ayam bertelur, dan setelah selesai, terdapat tujuh biji telur kesemuanya. Tidak ada yang mengganggu si ibu ayam. Maka telurnya pun mula menetas setelah beberapa hari mengeram.

Keesokan harinya, ibu ayam pergi mencari makanan dan membiarkan anak-anaknya sendirian di rimbunan lalang itu. Apabila ibu ayam itu sedang mencari makan, seekor ibu musang sedang mencari makan untuk anak-anaknya.

Apabila ibu musang ternampak anak-anak ayam itu, ia dengan perlahan-lahan berjalan ke rimbunan lalang itu dan cuba menangkap anak-anak ayam itu untuk diberikan sebagai makanan kepada anak-anaknya.

Tiba-tiba, ibu ayam itu ternampak si ibu musang itu cuba mengambil anak-anaknya. Ibu ayam itu dengan segera menghentikan ibu musang itu daripada mengambil anak-anaknya.

Ibu ayam itu pun berkata, "Eh, ibu musang, mengapa engkau hendak mengambil anak-anakku? Meraka baru sahaja bangun untuk makan. Jangan kamu sentuh mereka!"

Ibu musang mengatakan,"Aku hendak mengambil mereka kerana aku mahu memakan mereka. Begitu juga dengan anak-anakku."

Apabila ibu musang hendak menangkap anak-anak si ibu ayam, ia terjatuh kerana kakinya terlanggar batu dan kepalanya terhentak batang pokok itu. Kepalanya cedera parah. Kakinya juga kesakitan kerana telanggar batu.

Akhirnya, si ibu musang telah gagal mengambil anak-anak ayam itu dan tidak dapat mencari makan untuk anak-anaknya kerana kepala dan kakinya sangat sakit. Si ibu musang pun menyesal dengan perbuatannya. Dia meminta maaf daripada ibu ayam dan berjanji tidak akan mengambil anak-anak si ibu ayam itu lagi. Mereka berdua pun bersahabat baik.


(212 patah perkataan)

Ditulis oleh Silmi Afiqah (5D)