...mutiara kata...

Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
~Hamka~

Thursday 17 May 2007

Mimpi

"Ani, jangan lupa membaca doa sebelum tidur," kata ibu kepada Ani. Ani sangat ngantuk lalu dia pun terus tidur. Di dalam tidurnya, dia mimpi berjumpa dengan seekor singa. Singa itu melihatnya dengan wajah yang garang sekali.
Tiba-tiba singa itu mengejarnya. Ani berasa sangat takut dan lari untuk menyelamatkan dirinya. Singa itu berlari pantas dan menerkamnya. Ani berasa sakit di tangannya. Dia menjerit kesakitan.
Ibu mendengar jeritan Ani lalu mengejutnya dari tidur. Ani bangun dan berasa lega kerana dia tahu dia bermimpi sahaja. Ani menyesal kerana dia tidak membaca doa sebelum tidur.
Dikarang oleh Md Nur Farhan (3A)

Tuesday 1 May 2007

Teka-teki

Hai kawan-kawan. Sudah lama lelaman ini tidak dinaikmuatkan dengan karya-karya yang boleh dijadikan sebagai contoh.

Sebagai pembuka, saya ingin memberikan beberapa teka-teki. Cubalah kawan-kawan teka.


  1. Banyak-banyak bangunan, bangunan apa yang paling tinggi?
  2. Tikus apa yang ada dua kaki?
  3. Itik apa yang ada dua kaki?
  4. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang tidak ada mata?
  5. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang tidak ada kepala?

Jawapannya:

  1. Masjid. Ini disebabkan bangunan itu ada bintang dan bulan.
  2. Mickey Mouse
  3. Semua itik ada dua kaki!
  4. Bebola ikan
  5. Sardin di dalam tin

Cerita Binatang II

Sungguh berbuah si pokok pisang,
Pokok ditanam di tepi jalan,
Inilah kisah hidup binatang,
Ayam bertelur musang kelaparan.

Kononnya pada suatu hari seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lama juga ayam bertelur,dan setelah selesai,terdapat tujuh biji telur kesemuanya. Tidak ada yang menggangu si ibu ayam. Maka telurnya pun mula menetas setelah beberapa hari mengeram.

Pada keesokkan harinya,ada seekor musang yang sedang kelaparan. Dia sudah dua hari tidak makan. Dia berasa sangat sedih kerana dia sudah pun ke sekeliling hutan untuk mencari makanan tetapi satu pun tiada. Dia mula terfikir tentang kawasan kampung yang bersebelahan dengan hutan. Dia kemudian merancang untuk mencari makan pada keesokkan harinya."Hari pun sudah senja lebih baik aku tidur sahaja,”kata musang seorang diri.

Esok pagi, apabila matahari belum kelihatan, orang-orang kampung belum bangun dari tidur, si musang pergi ke kampung untuk mencari makanan. Dalam perjalanan ke kampung, ia ternampak seekor ayam yang sedang tidur. Musang itu berfikir,"Kalau aku ke sana mesti si ayam tahu bahawa aku mahu memakan anaknya. Hmm, aku tahu apa yang aku harus lakukan." Musang pun mendekati ayam itu. Tiba-tiba, ayam itu membuka matanya dan berkata,"Kenapa kamu di sini? Tolong jangan makan anak-anak aku dan jikalau kamu mahu mahu memakan anak aku sekarang, perut kamu tidak akan kenyang. Kalau kau mahu makan, datanglah esok ya?” Musang pun menjawab,"Baiklah. Aku akan datang ke sini esok tetapi tolong jangan melarikan diri daripada aku.”

Musang pun terfikir,"Patutkah aku datang esok? Tidak. Aku mesti datang hari ini juga!” Hari pun sudah senja musang mahu jumpa dengan si ayam itu. Dia mencari ayam itu tetapi ia tidak kelihatan. Dia pun pulang ke hutan semula. Dia berasa sangat lapar. Dia berasa menyesal kerana tidak memakan anak ayam itu pada pagi tadi. Lama-kelamaan musang pun mati.


Ditulis oleh Norlina (5D)

Cerita Binatang I

Sungguh berbuah si pokok pisang,
Pokok ditanam di tepi jalan;
Inilah kisah hidup binatang,
Ayam bertelur musang kelaparan.

Kononnya pada suatu hari, seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lama juga ayam bertelur, dan setelah selesai, terdapat tujuh biji telur kesemuanya. Tidak ada yang mengganggu si ibu ayam. Maka telurnya pun mula menetas setelah beberapa hari mengeram.

Keesokan harinya, ibu ayam pergi mencari makanan dan membiarkan anak-anaknya sendirian di rimbunan lalang itu. Apabila ibu ayam itu sedang mencari makan, seekor ibu musang sedang mencari makan untuk anak-anaknya.

Apabila ibu musang ternampak anak-anak ayam itu, ia dengan perlahan-lahan berjalan ke rimbunan lalang itu dan cuba menangkap anak-anak ayam itu untuk diberikan sebagai makanan kepada anak-anaknya.

Tiba-tiba, ibu ayam itu ternampak si ibu musang itu cuba mengambil anak-anaknya. Ibu ayam itu dengan segera menghentikan ibu musang itu daripada mengambil anak-anaknya.

Ibu ayam itu pun berkata, "Eh, ibu musang, mengapa engkau hendak mengambil anak-anakku? Meraka baru sahaja bangun untuk makan. Jangan kamu sentuh mereka!"

Ibu musang mengatakan,"Aku hendak mengambil mereka kerana aku mahu memakan mereka. Begitu juga dengan anak-anakku."

Apabila ibu musang hendak menangkap anak-anak si ibu ayam, ia terjatuh kerana kakinya terlanggar batu dan kepalanya terhentak batang pokok itu. Kepalanya cedera parah. Kakinya juga kesakitan kerana telanggar batu.

Akhirnya, si ibu musang telah gagal mengambil anak-anak ayam itu dan tidak dapat mencari makan untuk anak-anaknya kerana kepala dan kakinya sangat sakit. Si ibu musang pun menyesal dengan perbuatannya. Dia meminta maaf daripada ibu ayam dan berjanji tidak akan mengambil anak-anak si ibu ayam itu lagi. Mereka berdua pun bersahabat baik.


(212 patah perkataan)

Ditulis oleh Silmi Afiqah (5D)