...mutiara kata...

Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
~Hamka~

Tuesday 21 August 2007

Muzikal Kembara

Muzikal Kembara sudah lama ditonjolkan sempena hari "Rumah Terbuka Sekolah Rendah Wellington". Saya berani katakan kawan-kawan yang telah mengambil bahagian berasa 100% bangga dengan hasilnya. Para penonton juga memberikan lapor balik yang memberangsangkan.

Bilik AVA dipenuhi dengan penonton-penonton yang terdiri daripada ibu bapa, pakcik, makcik, saudara-mara, ibu bapa kepada bakal penuntut sekolah ini dan sebagainya. Pada pertunjukan pertama dan kedua, kita mengalami keadaan "full house". Kasihan pulan buat mereka yang terpaksa berdiri kerana kesemua kerusi yang disediakan sudahpun dipenuhi.

Walau bagaimana sekalipun, ribuan terima kasih ingin kami ucapkan kepada mereka-mereka, terutama sekali kepada pihak ibu bapa murid-murid darjah 4, 5 dan 6, yang telah banyak memberikan sokongan terhadap produksi muzikal Kembara ini.

Terima kasih...



Tuesday 7 August 2007

Cuti Umum Ini....

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-42, SINGAPURA!!

Kawan-kawan, baru-baru ini, saya mendengar berita bahawa Sekolah Rendah Wellington akan mengadakan Hari Sukan dan Konsert Mini sempena sambutan Hari Kebangsaan ini. Saya berasa sungguh tidak sabar untuk menanti hari esok. Tentu kawan-kawan mempunyai perasaan yang serupa seperti saya kan?

Ada di antara kawan-kawan yang sudah semestinya berasa gembira kerana kita akan mempunyai cuti panjang, dari hari Khamis sehingga hari Ahad. Hmm, ada kamu terima kerja rumah yang banyak oleh guru-guru kamu?

Baiklah. Pada hari Selasa yang mulia ini, murid-murid darjah empat telahpun mendeklamasikan sajak bertema kemerdekaan Singapura. Ayuh kita lihat gambar-gambar dan klip video-klip video di bawah ini.

Wednesday 1 August 2007

Roti Sandwic.

Hai kawan-kawan! Kini, kita sudahpun melangkah ke bulan Ogos. Pantas sangat masa berlalu ya.

Beberapa bulan yang lalu, sewaktu Cikgu Khatijah masih berkhidmat di Sekolah Rendah Wellington, murid-murid darjah 5 telahpun menyediakan roti sandwic kreatif secara berkumpulan.

Naib pengetua sekolah, Mr Goh, menjadi pengadilnya. Dia memberi markah berdasarkan rasa serta daya penglihatannya.

Lihat gambar-gambar mereka. Wah, pandainya mereka! Bolehlah jadi cef nanti...