...mutiara kata...

Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
~Hamka~

Tuesday 18 September 2007

Rentas Cipta

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada kawan-kawan yang beragama Islam. Puasa betul-betul ya. Jangan puasa yok-yok, balik rumah buka periuk!

Baiklah, baru-baru ini, saya dapat tahu bahawa sebuah kelas darjah 5 telah melaksanakan aktiviti Rentas Cipta. Aktiviti ini ialah satu aktiviti membaca yang mana selepas membaca sebuah cerita, murid perlu menukarkan bentuk cerita itu kepada sesuatu yang berbeza seperti sebuah sajak, syair, pantun, lakonan, dan lain-lain lagi. Dan yang paling penting, setiap anggota kumpulan perlu mengambil bahagian.

Murid-murid Cikgu Seri telah membaca cerita tentang Musang Berjanggut. Kemudian, mereka dibahagi-bahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Produknya menarik. Ada yang buat puisi kreatif, ada yang buat gabungan skrip drama dan pantun, dan ada juga yang berlakon. Sayang sekali lakonan itu tidak dapat dirakamkan.

Seperti biasa, di sini saya telah sertakan gambar-gambar mereka.



Selamat menonton!