...mutiara kata...

Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
~Hamka~

Tuesday 23 October 2007

Arsyad,5A - pantun

1) Hari Raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai manusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera



2) Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih kena
Berbunyi mercun berdentam dentam
Riang gembira di Hari Raya

Monday 22 October 2007

Azirah-hari raya

Hari ini mulia,
ke rumah nenek dan moyang,
Jangah lupa hari ini hari raya,
Cepat datang ke rumah, sekarang!

Kuih-muih dapat makan,
marilah ke rumah saya,
jangahlah malu, jemputlah makan,
Dan Selamat Hari Raya kepada semua orang!

Saturday 20 October 2007

Pantun Hari Raya

Hari Raya sungguh meriah,
Kaum Melayu sibuk sana sini;
Perlu diingati pada yang tiada,
Supaya diingati sehingga hari ini.

Yang kecil mendapat duit raya,
Mulalah berbelanja sesuka hati;
Berlagak seperti orang kaya,
Tetapi janganlah tak sedar diri.


Nur Fatehah Shazwany Bt Zulfakar, 5A

Friday 19 October 2007

Selamat Hari Raya

Ingin mengucapkan hari raya
Kepada yang jauh di mata
Ingin menghantar kad raya
Posmen ambil cuti pula

Ingin mengunjung
Rumah saudara mara
Pergi rumah mereka pula
Tiada orang di sana

Ibu menyuruh telefon dahulu
Membuat tidak tahu sahaja
Hendak pergi ke rumahnya dahulu
Terimalah akibatnya

Selamat Hari Raya...maaf zahir dan batin

Pantun Hari Raya ~~Ahmad

Anak Pak Mamat di cucuk duri,
di cucuk oleh anak Pak Jali,
puasa penuh Raya Aidilfitri,
kalau tak penuh rayalah Depavali
Buaya bukan sebarang buaya,
buaya di bela dlm paya,
salam ceria di hari raya,
SMS murah dari kad raya .

Pantun nasihat... di hari raya

Berbilang kaum hidup bersama,
Bersopan-santun amatlah mesra,
Tidak kira bangsa juga agama,
Aidilfitri disambut dengan gembira.

Dari bandar pulang ke desa,
Untuk beraya dengan keluarga,
Kalau selalu ponteng puasa,
Janganlah pula sibuk nak raya.

Pantun Selamat Hari Raya

Masak lemang sambil berdiri,
hendak makan di aidilfitri,
hendak hantar kad raya posmen sudah cuti,
hanya sms yang dapat ku beri....

Ketupat pulut di atas para,
Hendak di rebus di tepi perigi,
sms di hantar pengganti kad raya,
tanda ingatan di aidilfitri....

SeLaMaT
HaRi
RaYa
AiDiLfItRi
MaAf
ZaHiR
BaTiN

Hari Raya Ini..

Hari Raya ialah hari yang kita mesti berasa gembira
Semua orang bersukaria
Bermaaf-maafan di pagi raya
Menjemput kawan-kawan dan beraya bersama-sama



Bermain bunga api dengan semua
Ketawa dan bersenyum bersama kawan
Pakaian yang cantik dipakai
Tidak sabar untuk beraya
Pulang lambat tetapi gembira rasanya

SELAMAT HARI RAYA!!!



Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA

Ampun maaf dipinta
Bersalaman dengan keluarga
Berjalan-jalan dengan keluarga
Gembira dan bersuka ria

Ke rumah saudara-mara
makan kuih dan mendapat duit raya
Bermakan dengan keluarga dan rakan-rakan
SEMUA BERSUKA RIA!!!!!!!

Pantun Hari Raya

Cik puan berkain kasa,

suka memakai minyak wangi;

kini menjelang hari raya,

jasa tuan akan dikenangi.

Cik Ayu pergi ke kota,

Hendak membeli sebungkus bijan;

Memang lembut lidah berkata,

Mari kita bermaaf-maafan.

Di hari raya..

Pabila Syawal sudah tiba
Kaum Muslim menyambut Hari Raya
Hari Raya disambut dengan gembira
Jangan pula lupa yang sudah tiada

Kaum ibu sibuk menyiapkan lauk-pauk
sementara kami sekeluarga membersihkan segala habuk
rumah kami harus bersih dan kemas
supaya hati ibu dan ayah berasa puas

Kami kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara
dan meminta maaf supaya segala dosa dihapuskan
Anak-anak muda berasa sungguh gembira
kerana mendapat duit raya

Pantun Nasihat Hari Raya

Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan kepada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya

Berhati-hati dijalan raya
Itulah pesan cikgu saya
Sama-sama menyambut raya
Bermaaf-maafan di hari bahagia

Hari Raya yang Mulia

Hari Raya yang mulia
Minta ampun bersama keluarga dan rakan-rakan
Pergi beraya dengan gembira
Memakan kuih raya bersama keluarga dan rakan-rakan

Bergembira dan sukaria
Tapi jangan lupa yang tiada
Ke rumah saudara mendapat duit raya
memakan kuih raya yang sangat sedap

Kita harus bersyukur di hari raya ini
Kerana ia hanya ada sekali dalam setahun.

Bersuka ria di hari raya

Hari raya hari yang mulia
Kuih-kuih dimakan dengan keenakkan
Kanak-kanak bersukaria
Kita semua kesukaan

Singapura negara yang cantik
Tempat-tempatnya sangat ceria
Ke mana sahaja gambar dipetik
Jalan hari raya dengan gembira

Deepavali

Deepavali
hari perayaan kaum saya
membawa kuih-muih
berkongsi makanan dengan kawan

muzik dan nyanyian
semuanya seronok
berjumpa kawan
bermain dengan gembira

Hari Mulia

Hari raya hari yang mulia
Mengajak kanak-kanak bersuka ria
Ada yang betul ada yang salah
Harap dapat maafkan saya

Daun ketupat daun kari
Memang sedap untuk mengumpat
Ingin aku menyusun jari
Maafkan sekiranya aku mengumpat

Pantun Jenaka Hari Raya

Membeli makanan di Pasar Raya,
Sambil membawa anak Pak Ali,
Kalau berpuasa Selamat Hari Raya,
Kalau tidak Selamat Deepavali.

Selamat Hari Raya kepada semua,
Bermaaf-maafan dengan keluarga,
Pada keluarga yang amatku cinta,
Bersuka rialah di hari yang mulia.

HARI RAYA

Hari Raya hari mulia
Ampun maaf di pinta
Ramai orang bersuka ria
Ingat juga pada orang yang tiada

Riang-ria pagi raya
Atas meja banyak kuih tersedia
Yang paling indah mendapat duit raya
Anak-anak yang paling bergembira menyambut Hari Raya.

Hari Raya Puasa

Bersiar-siar di Taman Jaya,
Burung-burung tinggal di sarang,
Selamat Hari Raya,
Kepada semua orang!

Kuih-kuih tinggal sedikit,
Selepas sudah, ada masa,
Ibu beri saya duit,
Untuk Hari Raya Puasa!

Hari Rayaku...

Masak lemang di bawah pohon kelapa.
Lemang dimasak oleh Cik Miya,
Orang semua tanya mengapa
Kerana hari ini hari raya!

Hulurkanlah tangan kepada orang tuaku,
Airmata mula jatuh ke pipi,
Maafkanlah segala kesilapanku,
Apakah aku sedang bermimpi?

Kesedihan yang dapatku rasakan,
Tak dapatlah untuk aku lupa,
Tidak sabar untuk berjalan raya sakan,
Bersamalah kakakku,kak maya.

Deepavali

Cahaya lampu hari perayaan Deepavali
sungguh terang-benderang
Sungguh meriah suasana menyambut
perayaan Deepavali yang akan jelang tiba

Deepavali menyambut kebaikaan
mengalahkan kejahatan dan kekejaman
Lampu pelita menerangi rumah
untuk menunjukkan kegembiraan

Kita bertuah menyambut perayaan Deepavali
dengan aman dan damai
Jangan lupakan mereka yang dalam kesusahan
sumbanglah kepada mereka
agar
erti sebenar perayaan Deepavali dirayakan.

Pantun Hari Raya

Anyam ketupat daun palas,
Ketupat masak dibelah-belah;
Rumah kami indah dihias,
Kerana esok pagi hari raya.

Bangun pagi sembahyang raya,
Bila pulang memakan ketupat;
Mengunjung ke rumah sanak saudara,
supaya kami lebih erat.

Hari Raya

Hari yang mulia ini
Ada bunyi bunga api
Ramai orang bersuka-ria
Itulah saat

Ramai kanak-kanak gemari
Ada kuih-muih yang enak
Yang hendak minta maaf
Ada yang ke rumah mereka

Thursday 11 October 2007

Kerja Rumah - Darjah 5 - 19/10/2007

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Salam Lebaran! Pasti seronok ya berjalan-jalan bersama keluarga.

Namun demikian, semasa sedang bergembira, jangan lupa yang tiada dan yang kurang bernasib baik.

Di sini juga saya ingin sertakan langkah-langkah untuk menyertakan pantun-pantun yang perlu kamu siapkan pada hari Jumaat, 19 Oktober 2007.

1. Cikgu Seri sudahpun menjemput kamu melalui e-mel untuk menyertai lelaman blog ini
2. Pergi ke e-mel kamu, buka dan baca e-mel dari Si Cerdik Pintar
3. Klik accept invitation
4. Kamu akan sampai ke satu lelaman dan di bahagian tengah, ada soalan tentang Create Google Account
5. Klik Create Google Account
6. Taipkan alamat e-mel (yang telah kamu berikan kepada Cikgu Seri) dan Password,
7. Untuk bahagian Display Name, taipkan nama dan kelas seperti contoh : Seri, 5B
8. Isikan bahagian-bahagian yang lain dan jangan lupa kamu mesti klikkan pada kotak I accept the Terms of Service
9. Kemudian, klik continue

Cuba bahagian di atas ini pada hari ini juga! Jika menghadapi sebarang masalah, beritahu Cikgu Seri selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 12 Oktober 2007.

Sesudah semua itu, pada hari Jumaat hadapan, lakukan seperti di bawah ini.
1. Masuk lelaman www.blogger.com
2. Taip username (e-mel) dan password
3. Klik sign-in
4. Klik new post
5. Taip tajuk ---> Pantun - (nama kamu)
6. Taipkan sekurang-kurangnya 2 rangkap pantun 4 kerat mengenai hari raya kaum kamu
7. Sesudah itu, klik publish
8. Pergi ke www.bijak-wellington.blogspot.com untuk memastikan sama ada entry kamu itu sudah diterima ataupun belum

Selamat mencuba.

Tuesday 25 September 2007

Syabas!

Di sini, CP ingin mengucapkan tahniah kepada 3 orang murid darjah 5, iaitu Silmi Afiqah, Norlina dan Nur Fatehah Shazwany, di atas pencapaian mereka baru-baru ini. Walaupun Silmi dan Norlina hanya mendapat sijil penyertaan bagi peraduan Sayembara Penulis Cilik, mereka tetap menjadi penulis idola di dalam kelas.

Mereka sangkakan pemberian sijil itu berhenti di situ sahaja. Namun, tiga orang murid yang disebutkan namanya tadi mendapat satu lagi kejutan!

Bagi peraduan Karya Minda Kreatif yang dianjurkan oleh pihak EDN Media beberapa bulan yang lalu, ketiga-tiga murid itu telah menerima pengiktirafan. Silmi Afiqah mendapat "Silver Award" manakala Norlina dan Nur Fatehah Shazwany mendapat "Bronze Award". Membanggakan, bukan?

Syabas sekali lagi kepada mereka bertiga! Semoga semangat menulis itu tidak luput begitu sahaja.

Akhir kata, semoga berjaya untuk peperiksaan lisan esok.

Tuesday 18 September 2007

Rentas Cipta

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada kawan-kawan yang beragama Islam. Puasa betul-betul ya. Jangan puasa yok-yok, balik rumah buka periuk!

Baiklah, baru-baru ini, saya dapat tahu bahawa sebuah kelas darjah 5 telah melaksanakan aktiviti Rentas Cipta. Aktiviti ini ialah satu aktiviti membaca yang mana selepas membaca sebuah cerita, murid perlu menukarkan bentuk cerita itu kepada sesuatu yang berbeza seperti sebuah sajak, syair, pantun, lakonan, dan lain-lain lagi. Dan yang paling penting, setiap anggota kumpulan perlu mengambil bahagian.

Murid-murid Cikgu Seri telah membaca cerita tentang Musang Berjanggut. Kemudian, mereka dibahagi-bahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Produknya menarik. Ada yang buat puisi kreatif, ada yang buat gabungan skrip drama dan pantun, dan ada juga yang berlakon. Sayang sekali lakonan itu tidak dapat dirakamkan.

Seperti biasa, di sini saya telah sertakan gambar-gambar mereka.



Selamat menonton!

Tuesday 21 August 2007

Muzikal Kembara

Muzikal Kembara sudah lama ditonjolkan sempena hari "Rumah Terbuka Sekolah Rendah Wellington". Saya berani katakan kawan-kawan yang telah mengambil bahagian berasa 100% bangga dengan hasilnya. Para penonton juga memberikan lapor balik yang memberangsangkan.

Bilik AVA dipenuhi dengan penonton-penonton yang terdiri daripada ibu bapa, pakcik, makcik, saudara-mara, ibu bapa kepada bakal penuntut sekolah ini dan sebagainya. Pada pertunjukan pertama dan kedua, kita mengalami keadaan "full house". Kasihan pulan buat mereka yang terpaksa berdiri kerana kesemua kerusi yang disediakan sudahpun dipenuhi.

Walau bagaimana sekalipun, ribuan terima kasih ingin kami ucapkan kepada mereka-mereka, terutama sekali kepada pihak ibu bapa murid-murid darjah 4, 5 dan 6, yang telah banyak memberikan sokongan terhadap produksi muzikal Kembara ini.

Terima kasih...



Tuesday 7 August 2007

Cuti Umum Ini....

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan... SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-42, SINGAPURA!!

Kawan-kawan, baru-baru ini, saya mendengar berita bahawa Sekolah Rendah Wellington akan mengadakan Hari Sukan dan Konsert Mini sempena sambutan Hari Kebangsaan ini. Saya berasa sungguh tidak sabar untuk menanti hari esok. Tentu kawan-kawan mempunyai perasaan yang serupa seperti saya kan?

Ada di antara kawan-kawan yang sudah semestinya berasa gembira kerana kita akan mempunyai cuti panjang, dari hari Khamis sehingga hari Ahad. Hmm, ada kamu terima kerja rumah yang banyak oleh guru-guru kamu?

Baiklah. Pada hari Selasa yang mulia ini, murid-murid darjah empat telahpun mendeklamasikan sajak bertema kemerdekaan Singapura. Ayuh kita lihat gambar-gambar dan klip video-klip video di bawah ini.

Wednesday 1 August 2007

Roti Sandwic.

Hai kawan-kawan! Kini, kita sudahpun melangkah ke bulan Ogos. Pantas sangat masa berlalu ya.

Beberapa bulan yang lalu, sewaktu Cikgu Khatijah masih berkhidmat di Sekolah Rendah Wellington, murid-murid darjah 5 telahpun menyediakan roti sandwic kreatif secara berkumpulan.

Naib pengetua sekolah, Mr Goh, menjadi pengadilnya. Dia memberi markah berdasarkan rasa serta daya penglihatannya.

Lihat gambar-gambar mereka. Wah, pandainya mereka! Bolehlah jadi cef nanti...

Friday 29 June 2007

Projek Mini



Hai kawan-kawan! Selamat kembali ke sekolah. Saya pasti kawan-kawan tentu seronok bermain dan pada masa yang sama, tidak lupa mengulangkaji pelajaran di rumah semasa cuti semester yang lalu.

Saya dengar khabar angin bahawa pada akhir bulan Mei yang lalu, murid-murid darjah 5 kelas Cikgu Seri telah mempersembahkan projek mini mereka tentang Asia. Lihatlah gambar-gambar di atas. Mereka kelihatan seronok sangat, ya!

Thursday 17 May 2007

Mimpi

"Ani, jangan lupa membaca doa sebelum tidur," kata ibu kepada Ani. Ani sangat ngantuk lalu dia pun terus tidur. Di dalam tidurnya, dia mimpi berjumpa dengan seekor singa. Singa itu melihatnya dengan wajah yang garang sekali.
Tiba-tiba singa itu mengejarnya. Ani berasa sangat takut dan lari untuk menyelamatkan dirinya. Singa itu berlari pantas dan menerkamnya. Ani berasa sakit di tangannya. Dia menjerit kesakitan.
Ibu mendengar jeritan Ani lalu mengejutnya dari tidur. Ani bangun dan berasa lega kerana dia tahu dia bermimpi sahaja. Ani menyesal kerana dia tidak membaca doa sebelum tidur.
Dikarang oleh Md Nur Farhan (3A)

Tuesday 1 May 2007

Teka-teki

Hai kawan-kawan. Sudah lama lelaman ini tidak dinaikmuatkan dengan karya-karya yang boleh dijadikan sebagai contoh.

Sebagai pembuka, saya ingin memberikan beberapa teka-teki. Cubalah kawan-kawan teka.


  1. Banyak-banyak bangunan, bangunan apa yang paling tinggi?
  2. Tikus apa yang ada dua kaki?
  3. Itik apa yang ada dua kaki?
  4. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang tidak ada mata?
  5. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang tidak ada kepala?

Jawapannya:

  1. Masjid. Ini disebabkan bangunan itu ada bintang dan bulan.
  2. Mickey Mouse
  3. Semua itik ada dua kaki!
  4. Bebola ikan
  5. Sardin di dalam tin

Cerita Binatang II

Sungguh berbuah si pokok pisang,
Pokok ditanam di tepi jalan,
Inilah kisah hidup binatang,
Ayam bertelur musang kelaparan.

Kononnya pada suatu hari seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lama juga ayam bertelur,dan setelah selesai,terdapat tujuh biji telur kesemuanya. Tidak ada yang menggangu si ibu ayam. Maka telurnya pun mula menetas setelah beberapa hari mengeram.

Pada keesokkan harinya,ada seekor musang yang sedang kelaparan. Dia sudah dua hari tidak makan. Dia berasa sangat sedih kerana dia sudah pun ke sekeliling hutan untuk mencari makanan tetapi satu pun tiada. Dia mula terfikir tentang kawasan kampung yang bersebelahan dengan hutan. Dia kemudian merancang untuk mencari makan pada keesokkan harinya."Hari pun sudah senja lebih baik aku tidur sahaja,”kata musang seorang diri.

Esok pagi, apabila matahari belum kelihatan, orang-orang kampung belum bangun dari tidur, si musang pergi ke kampung untuk mencari makanan. Dalam perjalanan ke kampung, ia ternampak seekor ayam yang sedang tidur. Musang itu berfikir,"Kalau aku ke sana mesti si ayam tahu bahawa aku mahu memakan anaknya. Hmm, aku tahu apa yang aku harus lakukan." Musang pun mendekati ayam itu. Tiba-tiba, ayam itu membuka matanya dan berkata,"Kenapa kamu di sini? Tolong jangan makan anak-anak aku dan jikalau kamu mahu mahu memakan anak aku sekarang, perut kamu tidak akan kenyang. Kalau kau mahu makan, datanglah esok ya?” Musang pun menjawab,"Baiklah. Aku akan datang ke sini esok tetapi tolong jangan melarikan diri daripada aku.”

Musang pun terfikir,"Patutkah aku datang esok? Tidak. Aku mesti datang hari ini juga!” Hari pun sudah senja musang mahu jumpa dengan si ayam itu. Dia mencari ayam itu tetapi ia tidak kelihatan. Dia pun pulang ke hutan semula. Dia berasa sangat lapar. Dia berasa menyesal kerana tidak memakan anak ayam itu pada pagi tadi. Lama-kelamaan musang pun mati.


Ditulis oleh Norlina (5D)

Cerita Binatang I

Sungguh berbuah si pokok pisang,
Pokok ditanam di tepi jalan;
Inilah kisah hidup binatang,
Ayam bertelur musang kelaparan.

Kononnya pada suatu hari, seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lama juga ayam bertelur, dan setelah selesai, terdapat tujuh biji telur kesemuanya. Tidak ada yang mengganggu si ibu ayam. Maka telurnya pun mula menetas setelah beberapa hari mengeram.

Keesokan harinya, ibu ayam pergi mencari makanan dan membiarkan anak-anaknya sendirian di rimbunan lalang itu. Apabila ibu ayam itu sedang mencari makan, seekor ibu musang sedang mencari makan untuk anak-anaknya.

Apabila ibu musang ternampak anak-anak ayam itu, ia dengan perlahan-lahan berjalan ke rimbunan lalang itu dan cuba menangkap anak-anak ayam itu untuk diberikan sebagai makanan kepada anak-anaknya.

Tiba-tiba, ibu ayam itu ternampak si ibu musang itu cuba mengambil anak-anaknya. Ibu ayam itu dengan segera menghentikan ibu musang itu daripada mengambil anak-anaknya.

Ibu ayam itu pun berkata, "Eh, ibu musang, mengapa engkau hendak mengambil anak-anakku? Meraka baru sahaja bangun untuk makan. Jangan kamu sentuh mereka!"

Ibu musang mengatakan,"Aku hendak mengambil mereka kerana aku mahu memakan mereka. Begitu juga dengan anak-anakku."

Apabila ibu musang hendak menangkap anak-anak si ibu ayam, ia terjatuh kerana kakinya terlanggar batu dan kepalanya terhentak batang pokok itu. Kepalanya cedera parah. Kakinya juga kesakitan kerana telanggar batu.

Akhirnya, si ibu musang telah gagal mengambil anak-anak ayam itu dan tidak dapat mencari makan untuk anak-anaknya kerana kepala dan kakinya sangat sakit. Si ibu musang pun menyesal dengan perbuatannya. Dia meminta maaf daripada ibu ayam dan berjanji tidak akan mengambil anak-anak si ibu ayam itu lagi. Mereka berdua pun bersahabat baik.


(212 patah perkataan)

Ditulis oleh Silmi Afiqah (5D)

Tuesday 6 March 2007

Pantun.

direka oleh murid-murid kelas bahasa Melayu
(Cikgu Seri)

1. Anak ayam berlari-lari,
Berlari dari seekor musang;
Adikku suka makan cili,
Nenekku suka membeli pisang.

2. Anak ayam berlari-lari,
Berlari dari seekor musang;
Datuk pergi membajak padi,
Nenekku suka memakan kentang.

3. Anak ayam berlari-lari,
Berlari dari seekor musang;
Cucu nenek suka menari,
Nanti peraduan akan menang.

4. Anak ayam berlari-lari,
Berlari dari seekor musang;
Cucu jangan berlari-lari,
Tolonglah berhenti wahai sayang.

5. Anak ayam berlari-lari,
Berlari dari seekor musang;
Nenek dan cucunya berlari,
Cucunya hendak membeli pisang.

Oklah. Kini, giliran saya pula untuk mengakhiri sesi berpantun ini. Dengar ya...

Anak ayam berlari-lari,
Berlari dari seekor musang;
Nenek cuba untuk berlari,
Akhirnya nenek jatuh terlentang.
Hahahaha.... Itu sahaja. Sehingga kita berjumpa lagi!

Wednesday 28 February 2007

Teka-teki.

Jeng...jeng... jeng...

Hai kawan-kawan! Sekali-sekala, elok jika kita fokuskan perhatian kepada sesuatu yang dapat melepaskan stres di sekolah. Dengan itu, saya ingin sarankan salah satu caranya.

Kawan-kawan dijemput untuk menjawab soalan teka-teki yang diberikan oleh Nur Fatehah, dari kelas 5A. Selamat meneka.


Teka-teki 1
Ahmad bin Abu. Kambing bin apa?


Teka-teki 2
Benda apa ada 6 kaki, 2 kepala, 2 tangan dan 1 ekor?


Teka-teki3
Binatang apa yang paling kedekut?


Teka-teki 4
Kenapa badan kamu ada kesan merah selepas nyamuk gigit?


Teka-teki 5
Makan pisang, buang kulit. Makan kulit, buang apa?



Jawapannya:
  1. kambing binAtang
  2. naik kuda
  3. Kuda sebab apabila berlari, kuda mengeluarkan bunyi kedekut, kedekut, kedekut...
  4. nyamuk pakai gincu
  5. buang tabiat

Thursday 8 February 2007

Lukisan yang tersiar di akhbar.

Berita Harian
Isnin, 5 Februari 2007

Lukisan ini dimiliki oleh Nursyazwani. Lukisan ini telah disiarkan pada hari Isnin, tanggal 5 Februari 2007. Perkara seperti ini haruslah dibanggakan. Saya seru kepada kawan-kawan agar rajin-rajinlah berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang layak disiarkan di dalam akhbar, mahupun mana-mana media yang wujud.

Tahniah Syazwani!

Monday 5 February 2007

Sungai Singapura

oleh Ahmad, 5D

Sungai Singapura mengandungi banyak sejarah. Aku terkilan melihat perubahannya. Hari ini aku ke Sungai Singapura bersama keluargaku.

Aku boleh menikmati pandangan Merlion, laut dan banyak lagi. Aku bagaikan mahu menaiki kapal penumpang. Sungai itu sangat panjang. Di dalam sungai itu terlihat banyak ikan. Apabila aku lihat ikan, aku teringat makan ikan masin.

Setelah itu, kata ibuku, aku bersama keluargaku akan menaiki kapal penumpang. Waktu aku dan keluargaku sedang melihat air, seekor ikan lompat keluar dari air lalu seekor burung yang melihat telatah burung itu pun memakannya.

Setelah kapal penumpang itu tiba, semua orang keluar dari kapal itu sambil bercakap dengan temannya. Setelah itu, aku dan keluargaku pergi beli makanan untuk dimakan di rumah.

Setelah itu, aku dan keluargaku harus pulang kerana sudah jam enam. Sungai Singapura sangat indah dan cantik. Aku ingin mengunjungi Sungai Singapura sekali lagi pada masa hadapan.

Sungai Singapura

oleh Nadia, 5D

Sungai Singapura mengandungi banyak sejarah. Aku terkilan melihat perubahannya. Hari ini aku ke Sungai Singapura bersama keluarga. Aku ternampak teksi air membawa pelancong ke jeti berdekataan.

Berdekatan dengan jeti itu ada sebuah Merlion. Air berpancutan keluar daripada mulutnya ke sungai. Aku sedang menikmati pandangan di situ lalu ternampak sebuah bangunan yang amat canggih dan menarik. Bangunan itu ialah Esplanade.

Bumbung Esplanade berduri-duri dan bentuknya seakan-akan sebiji durian. Aku dan keluargaku berjalan di atas jambatan yang menghadap ke Esplanade lalu duduk di atas kerusi berwarna putih dan bercakap tentang sejarah Sungai Singapura. Pada masa dahulu, Sungai Singapura sangat kotor dan busuk. Ia dibersihkan oleh pihak Menteri Persekitaran kerana mereka tidak rasa senang hati dengan keadaan Sungai Singapura yang kotor.

Ia dibersihkan pada tahun 1977. Setelah beberapa tahun kemudian, ia sangat bersih dan indah. Ia juga membawa banyak pelancong untuk melawat sungai itu. Aku tidak akan lupa pengalaman ini. Aku bangga kerana Sungai Singapura tidak kotor dan busuk lagi. Aku sungguh gembira kerana Sungai Singapura ialah satu sungai yang menarik hati pelancong melawat di sini!

Tuesday 2 January 2007

Salam pertama...

Salam sejahtera kawan-kawan.

Akhirnya, berkat kesabaran bersama, lelaman ini berjaya diadakan. Lelaman ini merupakan satu wadah untuk mempamerkan karya-karya hasil kawan-kawan sendiri.

Oleh itu, apa yang kawan-kawan tunggu lagi? Ayuh, ringankan tangan, biarkan pena dan jari-jemarimu menari. Hasilkanlah karya ciptaan kawan-kawan yang sungguh menarik itu.

Mari kita lihat karya siapa yang pertama berjaya dinaikmuatkan di sini.

Selamat mencuba!