...mutiara kata...

Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
~Hamka~

Tuesday 1 May 2007

Cerita Binatang II

Sungguh berbuah si pokok pisang,
Pokok ditanam di tepi jalan,
Inilah kisah hidup binatang,
Ayam bertelur musang kelaparan.

Kononnya pada suatu hari seekor ayam sedang bertelur di rimbunan lalang. Agak lama juga ayam bertelur,dan setelah selesai,terdapat tujuh biji telur kesemuanya. Tidak ada yang menggangu si ibu ayam. Maka telurnya pun mula menetas setelah beberapa hari mengeram.

Pada keesokkan harinya,ada seekor musang yang sedang kelaparan. Dia sudah dua hari tidak makan. Dia berasa sangat sedih kerana dia sudah pun ke sekeliling hutan untuk mencari makanan tetapi satu pun tiada. Dia mula terfikir tentang kawasan kampung yang bersebelahan dengan hutan. Dia kemudian merancang untuk mencari makan pada keesokkan harinya."Hari pun sudah senja lebih baik aku tidur sahaja,”kata musang seorang diri.

Esok pagi, apabila matahari belum kelihatan, orang-orang kampung belum bangun dari tidur, si musang pergi ke kampung untuk mencari makanan. Dalam perjalanan ke kampung, ia ternampak seekor ayam yang sedang tidur. Musang itu berfikir,"Kalau aku ke sana mesti si ayam tahu bahawa aku mahu memakan anaknya. Hmm, aku tahu apa yang aku harus lakukan." Musang pun mendekati ayam itu. Tiba-tiba, ayam itu membuka matanya dan berkata,"Kenapa kamu di sini? Tolong jangan makan anak-anak aku dan jikalau kamu mahu mahu memakan anak aku sekarang, perut kamu tidak akan kenyang. Kalau kau mahu makan, datanglah esok ya?” Musang pun menjawab,"Baiklah. Aku akan datang ke sini esok tetapi tolong jangan melarikan diri daripada aku.”

Musang pun terfikir,"Patutkah aku datang esok? Tidak. Aku mesti datang hari ini juga!” Hari pun sudah senja musang mahu jumpa dengan si ayam itu. Dia mencari ayam itu tetapi ia tidak kelihatan. Dia pun pulang ke hutan semula. Dia berasa sangat lapar. Dia berasa menyesal kerana tidak memakan anak ayam itu pada pagi tadi. Lama-kelamaan musang pun mati.


Ditulis oleh Norlina (5D)