...mutiara kata...

Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
~Hamka~

Tuesday 25 September 2007

Syabas!

Di sini, CP ingin mengucapkan tahniah kepada 3 orang murid darjah 5, iaitu Silmi Afiqah, Norlina dan Nur Fatehah Shazwany, di atas pencapaian mereka baru-baru ini. Walaupun Silmi dan Norlina hanya mendapat sijil penyertaan bagi peraduan Sayembara Penulis Cilik, mereka tetap menjadi penulis idola di dalam kelas.

Mereka sangkakan pemberian sijil itu berhenti di situ sahaja. Namun, tiga orang murid yang disebutkan namanya tadi mendapat satu lagi kejutan!

Bagi peraduan Karya Minda Kreatif yang dianjurkan oleh pihak EDN Media beberapa bulan yang lalu, ketiga-tiga murid itu telah menerima pengiktirafan. Silmi Afiqah mendapat "Silver Award" manakala Norlina dan Nur Fatehah Shazwany mendapat "Bronze Award". Membanggakan, bukan?

Syabas sekali lagi kepada mereka bertiga! Semoga semangat menulis itu tidak luput begitu sahaja.

Akhir kata, semoga berjaya untuk peperiksaan lisan esok.

Tuesday 18 September 2007

Rentas Cipta

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada kawan-kawan yang beragama Islam. Puasa betul-betul ya. Jangan puasa yok-yok, balik rumah buka periuk!

Baiklah, baru-baru ini, saya dapat tahu bahawa sebuah kelas darjah 5 telah melaksanakan aktiviti Rentas Cipta. Aktiviti ini ialah satu aktiviti membaca yang mana selepas membaca sebuah cerita, murid perlu menukarkan bentuk cerita itu kepada sesuatu yang berbeza seperti sebuah sajak, syair, pantun, lakonan, dan lain-lain lagi. Dan yang paling penting, setiap anggota kumpulan perlu mengambil bahagian.

Murid-murid Cikgu Seri telah membaca cerita tentang Musang Berjanggut. Kemudian, mereka dibahagi-bahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Produknya menarik. Ada yang buat puisi kreatif, ada yang buat gabungan skrip drama dan pantun, dan ada juga yang berlakon. Sayang sekali lakonan itu tidak dapat dirakamkan.

Seperti biasa, di sini saya telah sertakan gambar-gambar mereka.



Selamat menonton!