...mutiara kata...

Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
~Hamka~

Wednesday 28 February 2007

Teka-teki.

Jeng...jeng... jeng...

Hai kawan-kawan! Sekali-sekala, elok jika kita fokuskan perhatian kepada sesuatu yang dapat melepaskan stres di sekolah. Dengan itu, saya ingin sarankan salah satu caranya.

Kawan-kawan dijemput untuk menjawab soalan teka-teki yang diberikan oleh Nur Fatehah, dari kelas 5A. Selamat meneka.


Teka-teki 1
Ahmad bin Abu. Kambing bin apa?


Teka-teki 2
Benda apa ada 6 kaki, 2 kepala, 2 tangan dan 1 ekor?


Teka-teki3
Binatang apa yang paling kedekut?


Teka-teki 4
Kenapa badan kamu ada kesan merah selepas nyamuk gigit?


Teka-teki 5
Makan pisang, buang kulit. Makan kulit, buang apa?



Jawapannya:
  1. kambing binAtang
  2. naik kuda
  3. Kuda sebab apabila berlari, kuda mengeluarkan bunyi kedekut, kedekut, kedekut...
  4. nyamuk pakai gincu
  5. buang tabiat

Thursday 8 February 2007

Lukisan yang tersiar di akhbar.

Berita Harian
Isnin, 5 Februari 2007

Lukisan ini dimiliki oleh Nursyazwani. Lukisan ini telah disiarkan pada hari Isnin, tanggal 5 Februari 2007. Perkara seperti ini haruslah dibanggakan. Saya seru kepada kawan-kawan agar rajin-rajinlah berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang layak disiarkan di dalam akhbar, mahupun mana-mana media yang wujud.

Tahniah Syazwani!

Monday 5 February 2007

Sungai Singapura

oleh Ahmad, 5D

Sungai Singapura mengandungi banyak sejarah. Aku terkilan melihat perubahannya. Hari ini aku ke Sungai Singapura bersama keluargaku.

Aku boleh menikmati pandangan Merlion, laut dan banyak lagi. Aku bagaikan mahu menaiki kapal penumpang. Sungai itu sangat panjang. Di dalam sungai itu terlihat banyak ikan. Apabila aku lihat ikan, aku teringat makan ikan masin.

Setelah itu, kata ibuku, aku bersama keluargaku akan menaiki kapal penumpang. Waktu aku dan keluargaku sedang melihat air, seekor ikan lompat keluar dari air lalu seekor burung yang melihat telatah burung itu pun memakannya.

Setelah kapal penumpang itu tiba, semua orang keluar dari kapal itu sambil bercakap dengan temannya. Setelah itu, aku dan keluargaku pergi beli makanan untuk dimakan di rumah.

Setelah itu, aku dan keluargaku harus pulang kerana sudah jam enam. Sungai Singapura sangat indah dan cantik. Aku ingin mengunjungi Sungai Singapura sekali lagi pada masa hadapan.

Sungai Singapura

oleh Nadia, 5D

Sungai Singapura mengandungi banyak sejarah. Aku terkilan melihat perubahannya. Hari ini aku ke Sungai Singapura bersama keluarga. Aku ternampak teksi air membawa pelancong ke jeti berdekataan.

Berdekatan dengan jeti itu ada sebuah Merlion. Air berpancutan keluar daripada mulutnya ke sungai. Aku sedang menikmati pandangan di situ lalu ternampak sebuah bangunan yang amat canggih dan menarik. Bangunan itu ialah Esplanade.

Bumbung Esplanade berduri-duri dan bentuknya seakan-akan sebiji durian. Aku dan keluargaku berjalan di atas jambatan yang menghadap ke Esplanade lalu duduk di atas kerusi berwarna putih dan bercakap tentang sejarah Sungai Singapura. Pada masa dahulu, Sungai Singapura sangat kotor dan busuk. Ia dibersihkan oleh pihak Menteri Persekitaran kerana mereka tidak rasa senang hati dengan keadaan Sungai Singapura yang kotor.

Ia dibersihkan pada tahun 1977. Setelah beberapa tahun kemudian, ia sangat bersih dan indah. Ia juga membawa banyak pelancong untuk melawat sungai itu. Aku tidak akan lupa pengalaman ini. Aku bangga kerana Sungai Singapura tidak kotor dan busuk lagi. Aku sungguh gembira kerana Sungai Singapura ialah satu sungai yang menarik hati pelancong melawat di sini!